PIMI
Latar Belakang
Bahagian PIMI berperanan untuk menggalakkan persekitaran yang kondusif bagi menjana inovasi di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan modal insan sektor huluan dan hiliran agrikomoditi agar lebih berdaya saing dan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi mencapai hasrat meningkatkan daya saing industri dalam sektor agrikomoditi, Bahagian PIMI berperanan:
(i) menyelaras pelaksanaan program berkaitan R&D&C&I dalam sektor agrikomoditi; dan
(ii) menyelaras aktiviti berkaitan keperluan dan latihan modal insan di sektor agrikomoditi.