KPK Logo

BA

Objektif

➢ Membantu pengurusan atasan membuat keputusan bagi menambahbaik prestasi Kementerian melalui penggunaan sumber kewangan secara optimum.

➢ Memberikan perkhidmatan perakaunan dan kewangan, perundingan serta khidmat nasihat yang berkualiti dan memenuhi jangkaan pelanggan.

➢ Memastikan ketepatan maklumat kewangan kementerian dan seterusnya meningkatkan integriti maklumat Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

➢ Mengurangkan risiko penyelewengan dan kehilangan wang awam.

Visi dan Misi

Visi
Peneraju kecemerlangan dalam pengurusan perakaunan dan kewangan sektor awam yang mematuhi piawaian perakaunan Malaysia dan Antarabangsa.

 

Misi
Menyediakan perkhidmatan pengurusan perakaunan dan kewangan yang terbaik serta memenuhi keperluan pihak berkepentingan dan kehendak pelanggan.

Latar Belakang

Bahagian Akaun mula ditubuhkan pada 1 Oktober 2013 adalah selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/2013 berkaitan pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan, berikutan pelaksanaan transformasi daripada Perakaunan Tunai Ubah Suai kepada Perakaunan Akruan.

 

Bahagian ini terdiri daripada 17 orang pegawai dan kakitangan:

  • 7 orang dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P);
  • 9 orang dalam Kumpulan Pelaksana; dan
  • 1 orang Pelajar Praktikal.