BKPP
PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)
MENGENAI KAMI
Perpustakaan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah diwujudkan pada tahun 2008 dan ditadbir urus oleh Seksyen Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP), KPK.
OBJEKTIF
Perpustakaan KPK menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat dalam bidang agrikomoditi kepada kakitangan KPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik.
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin hingga Khamis:
9.00 pagi – 5.00 petang
1.00 petang – 2.00 petang (Rehat)
Jumaat:
9.00 pagi – 5.00 petang
12.15 tengah hari – 2.45 petang (Rehat)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum: Tutup
KEMUDAHAN
Perpustakaan KPK turut dilengkapi dengan kemudahan fasiliti yang lengkap bagi keselesaan pengguna seperti berikut:
- Ruang Bacaan Umum
Kemudahan meja dan kerusi yang ditempatkan diseluruh ruang perpustakaan. Boleh menampung maksimum seramai 212 pengguna.
- Ruang Bacaan Santai
Kemudahan sofa yang ditempatkan di ruang bacaan akhbar dan terbitan bersiri. Boleh menampung maksimum seramai 15 pengguna.
- Ruang Seminar/Kursus
Kemudahan mengadakan seminar dan kursus yang boleh menempatkan 36 orang peserta.
- Ruang Pameran Bertema
Ruang khusus untuk pameran bertema perpustakaan dan pameran bertema agensi di bawah KPK.
- Wifi
Kemudahan internet tanpa wayar.
- Kapasiti Pengguna
Ruang Bacaan Umum (Meja bacaan) 20 orang
Ruang Bacaan Santai (Sofa) 8 orang
Ruang Seminar/Kursus 30 orang