KPK Logo

Piagam Pelanggan

Penyediaan Maklum Balas

Menyediakan maklum balas berkaitan dasar KPK kepada Kementerian dan Agensi lain dalam tempoh 14 hari bekerja.

Statistik Agrikomoditi

Menerbit dan menyebar statistik berkaitan agrikomoditi seperti berikut:;

Mengemaskini statistik agrikomoditi terkini di laman web KPK sekurang-kurangnya 12 kali setahun;
Mengemaskini statistik agrikomoditi terkini di laman web Pangkalan Data Komoditi (PDC) sekurang-kurangnya 12 kali setahun;
Menerbit dan mengedarkan Poket Stats Agricomodity sebanyak 4 kali setahun;
Menyebarkan maklumat mengenai harga harian berkaitan komoditi utama pada setiap hari bekerja.

Pengurusan Perolehan

Menyediakan Surat Setuju Terima dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan/ keputusan pemilihan pembekal/ kontraktor/ perunding;
Memproses/ menandatangani dokumen kontrak yang lengkap dan teratur dalam tempoh 4 bulan selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan; dan
Memproses, menandatangani dokumen kontrak tambahan/lanjutan (supplementary agreement) dalam tempoh dua (2) bulan selepas surat pemakluman keputusan perubahan kontrak dikemukakan kepada syarikat.

Pembayaran Bil

Memastikan 90 peratus pembayaran bil yang lengkap diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari; dan
Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menerima pembayaran dalam tempoh 14 hari, aduan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 72 jam.

Aduan Pelanggan

Memastikan semua aduan pelanggan diberi:

  • Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari;

  • Maklum balas pertanyaan dalam masa lima (5) hari.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi KPK pada 99.5%; dan
Memastikan ketersediaan perkhidmatan rangkaian pada tahap sekurang-kurangnya 99.5%.

Lesen Biobahan Apo

Mengeluarkan keputusan permohonan lesen dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan lesen yang lengkap