KPK Logo

Siaran Media

PENINGKATAN KADAR ADUNAN BIODIESEL DARIPADA B10 KEPADA B15 SECARA BERANSUR-ANSUR BAGI SEKTOR PENGANGKUTAN

20 Mei 2026 0 paparan 0 sukaan

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyambut baik keputusan  Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil.6/2026 pada 14 April 2026 mengenai cadangan supaya kadar adunan biodiesel bagi sektor pengangkutan ditingkatkan daripada B10 kepada B15 secara beransur-ansur bermula dengan adunan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan dan hanya menggunakan infrastruktur pengadunan biodiesel sedia ada. Langkah mitigasi ini adalah merupakan usaha strategik negara untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga alternatif sedia ada, memanjangkan daya tahan bekalan bahan api negara dalam tempoh krisis dan menjamin kelangsungan sekuriti tenaga Malaysia.  Malaysia mempunyai kelebihan strategik sebagai negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia yang membolehkan kita memanfaatkan sumber tempatan yang mampan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil yang diimport, sekali gus memperkukuhkan sekuriti tenaga melalui pemerkasaan Program Biodiesel Negara. Program Biodiesel Negara telah dilancarkan pada 2011 bermula dengan B5, diikuti dengan B7 pada tahun 2014 dan B10 pada tahun 2019. Pada ketika ini, Program Biodiesel B20 sedang dilaksanakan dan diperluaskan secara berfasa di seluruh Malaysia bermula Januari 2020 di Langkawi, Labuan dan Sarawak (kecuali Bintulu) bagi sektor pengangkutan di Malaysia. Bagi sektor industri pula, Kerajaan telah melaksanakan Program B7 sejak Julai 2019. Peningkatan adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 secara berperingkat dalam situasi krisis ini dalam masa yang sama dapat meningkatkan produktiviti pengeluar biodiesel negara yang selama ini telah beroperasi di bawah kapasiti pengeluaran sebenar sejak Program Biodiesel Negara ini dilancarkan. 6. Malaysia merekodkan pengeluaran minyak sawit mentah antara 18 hingga 20 juta tan setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, anggaran penggunaan minyak sawit mentah bagi penghasilan biodiesel pada kadar adunan B15 hanyalah sekitar 0.80 juta tan, iaitu peningkatan penggunaan minyak sawit mentah sebanyak 0.267 juta tan berbanding B10. Justeru, peningkatan adunan biodiesel dari B10 kepada B15 dalam menghadapi situasi krisis tenaga ketika ini tidak menimbulkan sebarang isu kekurangan bekalan minyak sawit domestik. 7. 8. Kementerian juga ingin menegaskan bahawa standard kualiti biodiesel Malaysia adalah menepati piawaian antarabangsa, sekali gus menjamin prestasi enjin yang cekap dan selamat bagi pengguna. Kementerian kekal komited untuk meneroka peningkatan adunan biodiesel sebagai langkah mengoptimumkan perbelanjaan subsidi serta mengurangkan kebergantungan negara terhadap penggunaan diesel fosil. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong kestabilan industri sawit tempatan, malah berperanan sebagai pemangkin daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan krisis tenaga global. 

DR. NORAINI AHMAD 

MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI 

15 APRIL 2026 

Artikel Berkaitan